Ahad, 4 November 2012

Laporan Aktiviti MBMMBI SKG 2012

  1. AKTIVITI

  • Laporan Aktiviti MBMMBI
  • Album MBMMBI



Dari Meja Pentadbir...

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi kita diketemukan. Sesungguhnya pendidikan adalah jentera utama Negara yang memikul amanah suci membina bangsa 1 Malaysia. Bangsa 1 Malaysia yang wajahnya telah digarapkan oleh Falsafah Pendidikan Negara.

 Setiap warga pendidik di sekolah ini bertanggungjawab menjulang dan membangunkan SK Gembut menjadi sebuah organisasi yang akan melahirkan anak bangsa yang berupaya menyempurnakan agenda pengisian wawasan pendidikan dan semakin dihargai dan diyakini oleh ibubapa dan masyarakat.

Setiap guru wajib menjalankan tugas Kurikulum, HEM dan Kokuriklum di samping berperanan memantapkan sahsiah pelajar dengan penuh iltizam, ikhlas dan kesedaran.

 Dalam menempuh dunia pendidikan yang semakin maju dan mencabar ini, guru-guru perlu melengkapkan diri dan membuka minda untuk menerima pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta peka terhadap perubahan dan perkembangan pesat dunia pendidikan masa kini. 

Amalkan budaya kerja sepasukan dan sentiasa berinteraksi serta berkomunikasi dengan baik dan berhemah kepada semua lapisan murid, ibu bapa, rakan sekerja, Guru Penasihat, Guru-Guru Penolong Kanan dan Guru Besar. Guru yang kreatif dan proaktif akan sentiasa mampu memberi alternatif penyelesaian kepada sebarang persoalan dan masalah.

Dengan kewujudan blog MBMMBI SKG diharapkan dapat menjadi wadah intelektual bagi menghubungkan warga pendidik SKG amnya.

Sekian. Wassalam.
Selamat Menjalankan Tugas

~ Harap maaf ~


Coretan Pengarang..

Selamat datang ke laman blog MBMMBI Sekolah Kebangsaan Gembut, Kota Tinggi, Johor

Laman portal ini di wujudkan untuk menghubungkan pihak pentadbiran sekolah dengan guru, murid, ibubapa dan juga pihak luar.

Pihak pentadbiran sekolah akan berusaha mengemaskini maklumat mengenai aktiviti aktiviti berkaitan sekolah serta hebahan hebahan lain untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi antara warga sekolah secara amnya.

Ibubapa boleh ikut kami samada melalui fanpage Facebook melalui carian SK Gembut pada kekunci anda.

Saya berharap semoga dengan kemudahan portal Web Blog ini dapat di gunakan sebaik mungkin oleh semua warga sekolah untuk kepentingan dan kemajuan sekolah ini .

Sekian. Terima Kasih

Organisasi MBMMBI Sekolah Kebangsaan Gembut (JBA3051)

ORGANISASI MBMMBI SEKOLAH KEBANGSAAN GEMBUT 2012

PENGERUSI: PN ADIBAH BINTI MOHD KALID (GURU BESAR)
NAIB PENGERUSI 1:PN SAFARINA BINTI MD KASIM
NAIB PENGERUSI 2: PN SAKURA BINTI YUSOP (GPK HEM)
NAIB PENGERUSI 3: EN WAN SUPIAN BIN WAN TA'ALIM (GPK KOKURIKULUM)
SETIAUSAHA: PN MAZURAIDAH BINTI AZILLAH


AJK:
1) PN RUBIAH BINTI MUDA (K.P BAHASA MELAYU)
2) PN NAJIHAH BINTI NAZRI (K.P BAHASA INGGERIS)


SENARAI NAMA GURU BAHASA MELAYU
1) PN RUBIAH BINTI MUDA
3) MOHAMAD HAFIZ BIN HAMZAH


SENARAI NAMA GURU BAHASA INGGERIS
1) PN NAJIHAH BINTI NAZRI