Ahad, 4 November 2012

Dari Meja Pentadbir...

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi kita diketemukan. Sesungguhnya pendidikan adalah jentera utama Negara yang memikul amanah suci membina bangsa 1 Malaysia. Bangsa 1 Malaysia yang wajahnya telah digarapkan oleh Falsafah Pendidikan Negara.

 Setiap warga pendidik di sekolah ini bertanggungjawab menjulang dan membangunkan SK Gembut menjadi sebuah organisasi yang akan melahirkan anak bangsa yang berupaya menyempurnakan agenda pengisian wawasan pendidikan dan semakin dihargai dan diyakini oleh ibubapa dan masyarakat.

Setiap guru wajib menjalankan tugas Kurikulum, HEM dan Kokuriklum di samping berperanan memantapkan sahsiah pelajar dengan penuh iltizam, ikhlas dan kesedaran.

 Dalam menempuh dunia pendidikan yang semakin maju dan mencabar ini, guru-guru perlu melengkapkan diri dan membuka minda untuk menerima pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta peka terhadap perubahan dan perkembangan pesat dunia pendidikan masa kini. 

Amalkan budaya kerja sepasukan dan sentiasa berinteraksi serta berkomunikasi dengan baik dan berhemah kepada semua lapisan murid, ibu bapa, rakan sekerja, Guru Penasihat, Guru-Guru Penolong Kanan dan Guru Besar. Guru yang kreatif dan proaktif akan sentiasa mampu memberi alternatif penyelesaian kepada sebarang persoalan dan masalah.

Dengan kewujudan blog MBMMBI SKG diharapkan dapat menjadi wadah intelektual bagi menghubungkan warga pendidik SKG amnya.

Sekian. Wassalam.
Selamat Menjalankan Tugas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan